![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhxxXUGSUzd7xbgOPPgZZ6udW5AjVv9xAYeb6KwA_j3Nw6eTD-4HNJEVpG01xw832ExSRC2VWFbc1ZaToji4hSmabMMSrb2CCsFBBKMtsLiNg6m3TkG6-5yp8gKOJDPmKgGdIFzjGaZFCb6/s400/VERSI+MELAYU+%2528Strumming%2529.jpg)
Strum adalah satu teknik dimana anda memainkan nota sesuatu kord gitar ataupun
melakukan suatu gerak-geri berulang-ulang pada tali gitar menggunakan plectrum/pick ataupun jari.
Pada pendapat saya, menggunakan jari lebih baik untuk strum bagi pemain gitar baru mahu belajar. Gunakan kuku jari telunjuk untuk strum tali gitar. Sokong jari telunjuk dengan ibu jari.
Menggunkan gitar pick bunyi yang dihasilkan lebih nyaring dan jelas dengan treble yang banyak bersamanya. Treble adalah term dalam musik untuk fasa tinggi dalam sistem musik.
Kekerasan suatu pick adalah sangat penting. Pick yang sangat keras membuatkan bunyi yang dihasilkan lebih kasar manakala pick yang lebih lembut/kurang tebal mengasilkan bunyi yang flat dan lebih nyaring. Ketebalan pick yang sederhana memberikan hasil yang lebih baik dalam strum gitar
Anda boleh menggunakan banyak ritma gitar yang berbeza untuk strum gitar. Anda boleh melihat dibawah contoh asas corak-corak stum gitar yang saya sediakan. Mungkin agak complicated sedikit tapi semoga dapat anda fahami.
Mulakanlah strum gitar dengan mudah dahulu mengunakan teknik yang dipanggil "four to the bar"(4/4) dalam tanda meter muzik.
Tanda meter ataupun meter masa is konvensi notasi yang digunakan dalam notasi musikal Barat untuk mengenal pasti berapa banyak beat(pukulan) dalam sesuatu pengukuran dan not yang mana memberikan satu beat.
Mulakan mengira dari 1 hingga 4 dan strum kord dalam setiap kiraan dengan "downstroke"
( merujuk kepada pergerakan tangan kanan dari atas ke bawah atau strum dari tali gitar ke6 kepada yang pertama menggunakan pick ataupun jari).
Pastikan anda hanya memainkan tali yang ditandakan dengan dot hitam atau putih (dalam kord diagram dibawah). Sekiranya gagal dalam percubaan, anda akan membuatkan kord yang dimainkan menjadi sumbang. Jadi, berlatihlah selalu...
Dalam notasi muzik ianya adalh seperti berikut:
Ritma ditulis di antara 2 garis-garis menegak ( garis-garis bar):
l l
Tanda ini ialah bar. Setiap bar ada 4 kiraan.
: Ini adalh simbol untuk strum. Setiap strum seperti ini mempunyai durasi 1 kiraan.
![Glitter Photos](https://lh3.googleusercontent.com/blogger_img_proxy/AEn0k_vbHuLo9kP4BUAlN1D6gD6dMlv_mE185TmCG8pGNrIjBrBtGPHFev1lIsn31PWYuyg3KsK2AVZh4xCIAbvw0yU1v7i4nnrzfTrTuuH0Zvh9Gas0LOKf6PEVtLpvrUnk=s0-d)
:
~Tanda arah keatas mengarahkan anda strum tali gitar dari tali paling tebal kepada yang nipis. Inilah yang dikenali sebagai "downstroke".
~Tanda arah kebawah yang mengarahkan anda strum tali gitar dari tali paling nipis kepada yang tebal. Inilah yang dikenali sebagai "upstroke".
Cubalah corak asas strum gitar ini untuk sesebuah kord. Sekiranya anda berjaya melakukannya anda bolehlah pergi ke langkah seterusnya.
Sekarang, cuba kita letakkan "en" diantara kiraan: 1 en 2 en 3 en 4 en 1 en 2...
Dalam kiraan, anda strum lah dengan downstroke, pada "en" juga strum dengan upstroke (cara yang terbalik iaitu dari tali nipis hingga tebal, keatas)
Ianya adalah seperti berikut:
![Glitter Photos](https://lh3.googleusercontent.com/blogger_img_proxy/AEn0k_tzFakQtY2oCJziYrg0NCQuL8v5oJdtubueN201edUdDDVe8G3bVqu598ejGOF7unqf_7PJgMY1zUxLFLmTXd1V_68GO190jycxWrH1b5aiKQIchL-gdbcU0Ba7p8A=s0-d)
: Ini bermaksud setiap strum mempunyai durasi setengah kiraan. Sekiranya beberapa tanda ini mengikuti satu sama lain, not-not ini adalah bersambungan. Contohnya:
-dalam kumpulan 4:
-atau dalam kumpulan 2:
Sini ada beberapa lagi corak strumming:
Dalam contoh terakhir, anda akan melihat satu garis lengkuk di antara kiraan ke2 dan ke3. Ini bererti, kedua-dua nota tersebut dimainkan bersama, jadi dua not setengah akan menjadi not penuh.
CUBA INI !!!!
Sekarang, mulalah berlatih corak strum ini dalam lagu gitar yang mudah.
Klik disini !!! ataupun
disini !!! yang akan dapat memberi latihan tentang menjaga ritma dan beat dalam strum.
![tHank You](https://lh3.googleusercontent.com/blogger_img_proxy/AEn0k_uQGgc_NcN_1AH-pa-y0xh1tuWPHoNIa2jC-eq8hvxdUvIdbhRQCHcj7gQd9-6jMJhCQgObr3Bn3Of_MrUS0WSlJ4Cch80sAQNw=s0-d)
♫ Lirik ♪ MP3 ♫ ♪ Kord Gitar ♫
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEijqhS13EVzOKEpGD3PlHlma00AO8tYRrxNA3Ih-q_FB0K-KnbDH57JgUig7oFXs0GYRvNoN37ORKt0aw1YlwGbOMbnAJtzDzsgpHSMGv9eVIe_bj1TzyhzxPrRYoaisQ6vzf4fK8BKUohw/s200/signoffmee.jpg)
Copyright © G-Clef Musicca.All Rights Reserved. All chords published here are copyright its creator for music education and entertainment.
1 comment:
Waduh lmbat nak cernaa gimana. Mcmna kalau hnya tengok video for beginner, then diorg ajar how to strum, boleh Tak?
Post a Comment