G-CLEF MUSICCA
Ever doubted yourself to play guitar?LINK HEE!! Tony Melendez(Toe Jam). You will think twice before saying Jimmy Hendrix was the best guitar player. He will blow your mind amazing talent.Guitar is just all about FEELIN THE MUSIC!
Showing posts with label 1st Basic Skills To Be Guitarist. Show all posts
Showing posts with label 1st Basic Skills To Be Guitarist. Show all posts

Wednesday, February 15, 2012

Belajar Rahsia Fretboard Guna Skala Major


Salam kepada semua,
Ingat tak post aku yang lepas Guitar Fretboard Scale Chart..link sini ? Sekarang pula aku nak share sedikit tentang Gitar Fretboard nie juga lah......cuma kali nie aku nak singkap sikit rahsia fretboard guna skala major...Korang nak tahu tak..??

Sebelum tu belajar rahsia nya korang mestilah tahu gambar kat bawah nie....
Asas nie sebagai gitaris kena tahu bunyi setiap tali....tali 1 tu tali yang paling nipis dan sampai tali 6 tu yang paling tebal..... Bila dah tahu and kenal bunyi senang la nak tahu rahsia fretboard....

Oya hampir terlupa ada siapa tak tahu Skala Major tue apa? Biar aku explain....Skala Major/lonian adalah salah satu tangga nada diatonik. Skala ini tersusun oleh lapan not (Do, Re, Mi, Fa, So, La, Ti, Do).....Biasanya diawali dan diakhiri dengan nada Do = C.....Mempunyai pola interval : 1 , 1 , ½, 1 , 1 , 1, ½. Begitulah ringkasnya....

Berbalik kepada "Rahsia Fretboard Guna Skala Major"
Skala Major digunakan dalam lesson entri kali nie sebab ianya hampir sama dengan bunyi "Do, Re, Mi...."
Not pattern/corak susunan seperti gambar di atasadalah satu cara untuk memainkan not-not skala Major. Adalah betul apabila gitaris memainkan mana-mana 3 tali yang berturutan tuk tali E A D G (4 tali yang paling tebal).

Mulakan bermain pada mana-mana fret pada 3 tali tali berturutan dalam kumpulan tali E A D G saja.
Bagi bermain skala menaik (up the scale)
-mainkan not 1, 2, 3, 4, 5, 6, 7, 1
Bagi bermain skala menurun (down the scale)
-mainkan not 1, 7, 6, 5, 4, 3, 2, 1

Dari kiri ke kanan corak susunan "Do, Re, Mi,..." ditunjukkan diatas 4 gambar freboard. Corak susunan pada 2 fretboard yang pertama padan dengan corak susunan "Do, Re, Mi,..." diatasnya.

Corak susunan pada 2 fretboard yang terakhir tidak padan dengan corak susunan "Do, Re, Mi,..." diatasnya.

Mainkan setiap corak susunan fretboard pada tali yang sesuai dengan betul dan anda akan mendengar bunyi seperti "Do, Re, Mi,...".

Bunyi "Do, Re, Mi,..." adalah betul pada 2 gambaar fretboard yang terakhir, tetapi pasti korang pasti hairan kenapa not corak susunannya berlainan antara satu sama lain dan lain daripada corak susunan yang dilihat dalam 2 gambar sebelum ini?

Ok gini...Bayangkan tali E A D G (4 tali paling tebal) dalam satu group dan tali B E ( 2 tali paling tipis) sebagai group ke-2.....jadi anda ada tali "4-group" dan tali "2-group".

Tali "4-group" dan tali "2-group" secara muziknya adalah "divided fretboard" (dibahagikan antara satu sama lain). Ini disebabkan tali B ditiunkan berlainan daripada 5 tali yang lainnya lagi.

Corak susunan not yang dimainkan pada tali 4-group berubah apabila not-not ini "land on" tali 2-group. Apabila korang sudah tahu peraturan simple ini, jadi dapatlah perbaiki skill dan knowledge.

Peraturannya mudah jak->
Apabila not untuk corak susunan 4-group dimainkan pada 2-group....mainkanlah not-not 2-group up one fret(maka pitch yang tinggi terhasil).

Sekarang korang dah tahu kan fretboard gitar sebenarnya secara muziknya adalah "divided fretboard".
Aku harap ilmu fretboard ini akan menanbahkan keyakinan kepada gitaris.

Sekian Wasalam.


♫ Lirik ♪ Mp3 ♫ ♪ Kord Gitar ♫
Copyright © G-Clef Musicca.All Rights Reserved. All chords published here are copyright its creator for music education and entertainment.

Wednesday, February 01, 2012

Belajar Asas Cara Plucking Gitar?

Salam kepada semuanya,

Entri kali ni aku nak share sikit tentang basic cara plucking... Aku pun tak tere sangat pi basicnya aku nak share dikit semoga bermanfaat untuk kita semua....

Plucking merupakan salah satu daripada teknik fingerstyle yang wujud di dunia ini.

Plucking juga disebut sebagai "fingerstyle", juga disebut "fingerpicking" yang merupakan koleksi teknik untuk setting-kan tali gitar kepada pergerakan yang menghasilkan bunyi. Kenapa ianya disebut koleksi..sebab cara plucking bukannya satu..ada beberapa banyak juga pattern yang berbeza. Ada yang mudah, ada yang susah.

Plucking merupakan stail gitar klasik. Untuk zaman sekarang, banyak muzik rockers telah memperkenalkan beberapa teknik plucking yang baru. Sharing kali ni akan memberikan tip basic teknik dan notasi unuk memainkan gitar plucking/fingerstyle ini.

Sebenarnya ada 2 kaedah major untuk right handed gitaris, samaada menggunakan pick/plecktrum ataupun guna jari sahaja. Menggunakan pick biasanya dalam muzik rock/pop untuk menghasilkan bunyi yang kuat. Dalam muzik klasik, klasik/flamenco gitaris menggunakan jari memainkan fingerstyle dimana bunyi yang dihasilkan lebih lembut daripada menggunakan pick. Kalau beginner gitaris adalah dinasihatkan gunakan jari dahulu...Bagi yang rasa susah nak pluck gitar anda..Tak pa gunakan jak satu jari dahulu, kemudian dua jari..dan seterusnya.









Plucking mesti menggunakan ibu jari anda dan sekurang-kurangnya satu lagi jari untuk pluck not menggunakan jari telunjuk, jari hantu ataupun jari manis.....Gitaris yang berbakat pula mampu menggunakan kelima-lima jarinya untuk plucking.

ASAS HAND POSITION/POSISI TANGAN?

Paling penting kena belajar asas hand position dahulu...Kadang-kadang ada juga gitaris main bedal jak main gitar...pegang gitar jak pun salah...pi terpulanglah individu masing-masing...
Cuma bagi aku tuk jadi gitaris yang baik teknik asas mesti betul kan..??...
Mula-mula sekali, ini cara aku lah...telapak tangan right-handed gitaris mestilah seperti memegang pisau...cuma bezanya ibu jari mestilah lurus dan sentiasa diarah jauh daripada 4 jari yang lainnya...macm kat bawah nie.....










dan pergerakan jemari macam menaip keyboard komputer...plucking lah tali gitar dengan keseragaman antara fretting hand dan plucking hand...
bayangkan??

Sentiasalah membuat latihan untuk melembutkan jari jemari anda...
Dan jangan lupa kalo baru nak belajar plucking tu potong kuku sependek yang boleh supaya tak susah nak pluck gitar...Kalau dah lancar nak plucking guna kuku gantikan pick pun tak jadi masalah...

Dalam strumming, korang akan menghayunkan tangan untuk downstroke dan upstroke kan? Tapi dalam plucking cara yang sewajarnya adalah jangan gerakkan/hayun tangan anda seluruhnya....Ingat dalam plucking medium yang digunakan hanya jari dan telapak tangan dan pergerakan mestilah setempat.


#angkat jemari anda dan pluck gitar satu-satu...perlahan-lahan...













*Pastikan jemari anda sentiasa terbuka dan jarang sedikit...





Asasnya hand posisi yang salah dan betul seperti berikut:

#plucking hand jangan digenggam......

#pastikan plucking hand tak rapat dan jarang sedikit (sentiasa terbuka)....


#fretting hand asas nya seperti gambar ni....
label 1: pastikan freeting hand diangkat dan tidak bersentuhan dengan badan fret.
label 2: tangan mestilah lurus








NOTASI FINGERSTYLE ?

Dalam klasik gitar, "PIMA" adalah tanda untuk plucking(righ-hand), yang menjelaskan
jari mana yang digunakan iaitu,
P = pulgar = ibu jari
I = indice = jari telunjuk
M = medio = jari hantu
A = Anular = jari manis (kadang-kadang ditandakan C/X/E)

Ini adalah 4 jari yang biasanya kerap digunakan. Ibu jari adalah untuk gerakan down-picking dan jari-jari yang lainnya adalah untuk gerakan up-picking. Biasanya juga, sekiranya menggunakan 4 jari sahaja...jari kelingking akan menahan badan gitar ini akan membantu tangan gitaris supaya tidak bergerak-gerak dan plucking dalam keadaan setempat.









Tapi kaedah ini kadang-kadang akan membuat jari kelingking anda akan rasa sakit, jadi kalau anda dapat menggangkat jari kelingking anda... itu lebih selamatlah. Aku pula tak prefer cara nie sudah..mula-mula tu membantu lah supaya pergerakan tangan setempat dan tak bergerak-gerak.

TEKNIK FINGERSTYLE/PLUCKING ?

Kalau gitaris yang mula-mula bekajar plucking teknik paling bagus adalah, jari anda perlulah mengikut kord yang anda mainkan....
tali lead iaitu tali1, tali2, tali3 dimainkan oleh jari "I M A"
manakala tali bass iaitu tali4, tali5, tali6 dumainkan oleh ibu jari (P)

Ada sesetengah kawan-kawan aku bertanya kalau plucking kan cuma guna 4 jari tali ada enam jadi takkan nak tambah 2 jari lagi? Haha...betul juga kan...jadi ginilah jawapanku...
Contohnya kalau kord G ...Aku akan guna ibu jari pluck tali4, tali5, tali6 selebihnya 3 jari aku dipluckkan pada tali1, tali2, tali3.

Secara asasnya begitulah....Memang tak sukar kalau yang baru mahu belajar...cuma jari-jemari jak belum lembut masih keras jadi berlatihlah selalu...

FRETTING HAND & PLUCKING HAND ?

Dalam plucking 2 asas yang mustahak...iaitu plucking hand dan juga fretting hand(yang memegang badan fret gitar)....Kedua-duanya mesti mempunyai keseragaman dan mengikut melodi & ritma....ingatlah melodi & ritma sangat penting untuk melatih perasaan/feeling tuk new gitaris...

Fretting hand biasanya adalah kord-kord yang akan dimainkan gitaris....kadang-kadang teknik hammers on & flick off ditambah untuk mencantikkan bunyi melodi....

Plucking hand tanggungjawabnya pula untuk membuat banyak pattern-pattern tertentu....
Pattern nie sebenarnya fleksible kalau korang dapat buat pattern sendiri boleh juga....
Kalau beginner asasnya pluck tali gitar satu-satu guna jari dan buka tangan anda lebar-lebar..

LATIHAN/ PRACTISE...?

Cuba latihan dibawah ni....Dan cubalah kord-kord yang lainnya.....
Pertama sekali anda perlu mengenal kord....lihat kedudukan kordnya..
Kedua, tengok tab yang disediakan dan ikutlah arahan P I M A
Ketiga, plucklah dengan cara anda sendiri...




























Selain memplucking kord, pattern plucking juga sangat penting...
Kalau gitaris yang sudah pro banyak pattern yang ditahu...
Kalau nak belajar lebih lagi..tengok video nie..mungkin dapat membantu...

Acoustic Guitar Lesson : Fingerstyle patterns 3 (6/8 in Open D) + free tab



Folk Fingerstyle 1 (Guitar Lesson)



Folk Fingerstyle 2 (Guitar Lesson)


PATTERN?CORAK FINGERSTYLE ?

Patterns/corak "fingerstyle" yang boleh aku cadangkan adalah seperti berikut:
*baca tab gitar yang diberikan dengan teliti dan fahamkan....









SEKADAR INFOMASI ?

Untuk info dalam gitar fingerstyle banyak teknik yang ada contohnya, classical picking/plucking,
clawhammer/frailing, travis picking, rasgueado, scruggs style, tapping, hybrid picking, hammer-on and pull-off (hammers & flicks) dan teknik lain-lain lagi laa..

Bagi aku aku paling suka hammer-on and pull-off (hammers & flicks), ada persamaan dengan plucking cuma teknik ini guna "hammers & flicks"..bahasa melayu apa ya disebut....hehe
pi macam korang bayangkan plucking tangan kiri dan kanan serentak..macam jak lah...begitulah keadaannya...

Jadi inilah tentang basic memplucking....jadi mahu belajar tue adalah juga input sikit-sikit asasnya...sekiranya ada persoalan just leave your comment...

Sekian, Wasalam.


♫ Lirik ♪ Mp3 ♫ ♪ Kord Gitar ♫
Copyright © G-Clef Musicca.All Rights Reserved. All chords published here are copyright its creator for music education and entertainment.


Guitar Fretboard Scale Chart

* Guitar Fretboard Scale Chart hopes this video help give some help.

Guitar fretboard A scale chart, jam with A, D, A, E, guitar instrumental.



Guitar fretboard C scale chart, jam with C, F, G, guitar instrumental.



Guitar fretboard D scale chart, play along with instrumental.



Guitar fretboard E scale chart, jam with E, guitar instrumental.



Guitar fretboard G scale chart, jam with G,C,D, guitar instrumental.




♫ Lirik ♪ Mp3 ♫ ♪ Kord Gitar ♫
Copyright © G-Clef Musicca.All Rights Reserved. All chords published here are copyright its creator for music education and entertainment.

Tuesday, January 31, 2012

MINOR AND MAJOR BASIC GUITAR CHORDS (Youtube Video Help)

This entry would help the beginner guitar player to differentiate the minor and major of guitar chords with the help of Youtube video......
Have your time and remember Practise make perfect!

A Minor (Am)


A Major (Amay)


B Minor (Bm)


B Major (Bmay)


C Minor (Cm)


C Major (C may)


D Minor (Dm)



D Major (Dmay)


E Minor (Dm)



E Major (Emay)

F Minor (Fm)



F Major (Fmay)



G Minor (Gm)



G Major (Gmay)



# This just Minor & Major chords for basic chords A to G...just suitable for beginner to have a learn with the help of Youtube...




♫ Lirik ♪ Mp3 ♫ ♪ Kord Gitar ♫
Copyright © G-Clef Musicca.All Rights Reserved. All chords published here are copyright its creator for music education and entertainment.

Thursday, December 08, 2011

Basic Guitar Chords You Should Know


How To Play Beginner Guitar Chords ~ SIMPLE AND EASY~



I've noticed that many of the new guitarist had always confused how to carry out a guitar chord
actually there are more than 100 chords people using now,me myself seldom not remember that but for my advice i would like to suggest you to learn the basic chords first before going futher.
Look below i have listed some basic chord for a guitarist are required to know
Its not compulsory actually since you just should know the root one which are A,B,C,D,E,F,G chords.



Note:
0 =free finger
x = do not hold

Chords A






Chords B






Chords C





Chords D







Chords E







Chords F







Chords G






or video below can help you more friend....Good Luck!



or this video....




I hope that this will help you a little bit about the basic chords
If you have questions just leave your comment...



♫ Lirik ♪ MP3 ♫ ♪ Kord Gitar ♫

Copyright © G-Clef Musicca.All Rights Reserved. All chords published here are copyright its creator for music education and entertainment.

Friday, June 10, 2011

VERSI MELAYU (Strumming)

Strum Gitar

Strum adalah satu teknik dimana anda memainkan nota sesuatu kord gitar ataupun
melakukan suatu gerak-geri berulang-ulang pada tali gitar menggunakan plectrum/pick ataupun jari.

Pada pendapat saya, menggunakan jari lebih baik untuk strum bagi pemain gitar baru mahu belajar. Gunakan kuku jari telunjuk untuk strum tali gitar. Sokong jari telunjuk dengan ibu jari.

Menggunkan gitar pick bunyi yang dihasilkan lebih nyaring dan jelas dengan treble yang banyak bersamanya. Treble adalah term dalam musik untuk fasa tinggi dalam sistem musik.

Kekerasan suatu pick adalah sangat penting. Pick yang sangat keras membuatkan bunyi yang dihasilkan lebih kasar manakala pick yang lebih lembut/kurang tebal mengasilkan bunyi yang flat dan lebih nyaring. Ketebalan pick yang sederhana memberikan hasil yang lebih baik dalam strum gitar

Anda boleh menggunakan banyak ritma gitar yang berbeza untuk strum gitar. Anda boleh melihat dibawah contoh asas corak-corak stum gitar yang saya sediakan. Mungkin agak complicated sedikit tapi semoga dapat anda fahami.

Mulakanlah strum gitar dengan mudah dahulu mengunakan teknik yang dipanggil "four to the bar"(4/4) dalam tanda meter muzik.
Tanda meter ataupun meter masa is konvensi notasi yang digunakan dalam notasi musikal Barat untuk mengenal pasti berapa banyak beat(pukulan) dalam sesuatu pengukuran dan not yang mana memberikan satu beat.

Mulakan mengira dari 1 hingga 4 dan strum kord dalam setiap kiraan dengan "downstroke"
( merujuk kepada pergerakan tangan kanan dari atas ke bawah atau strum dari tali gitar ke6 kepada yang pertama menggunakan pick ataupun jari).

Pastikan anda hanya memainkan tali yang ditandakan dengan dot hitam atau putih (dalam kord diagram dibawah). Sekiranya gagal dalam percubaan, anda akan membuatkan kord yang dimainkan menjadi sumbang. Jadi, berlatihlah selalu...

Dalam notasi muzik ianya adalh seperti berikut:

Glitter Photos

Ritma ditulis di antara 2 garis-garis menegak ( garis-garis bar):

l l
Tanda ini ialah bar. Setiap bar ada 4 kiraan.


Glitter Photos : Ini adalh simbol untuk strum. Setiap strum seperti ini mempunyai durasi 1 kiraan.


Glitter Photos:
~Tanda arah keatas mengarahkan anda strum tali gitar dari tali paling tebal kepada yang nipis. Inilah yang dikenali sebagai "downstroke".

~Tanda arah kebawah yang mengarahkan anda strum tali gitar dari tali paling nipis kepada yang tebal. Inilah yang dikenali sebagai "upstroke".

Cubalah corak asas strum gitar ini untuk sesebuah kord. Sekiranya anda berjaya melakukannya anda bolehlah pergi ke langkah seterusnya.

Sekarang, cuba kita letakkan "en" diantara kiraan: 1 en 2 en 3 en 4 en 1 en 2...
Dalam kiraan, anda strum lah dengan downstroke, pada "en" juga strum dengan upstroke (cara yang terbalik iaitu dari tali nipis hingga tebal, keatas)

Glitter Photos


Ianya adalah seperti berikut:

Glitter Photos: Ini bermaksud setiap strum mempunyai durasi setengah kiraan. Sekiranya beberapa tanda ini mengikuti satu sama lain, not-not ini adalah bersambungan. Contohnya:


-dalam kumpulan 4:
Glitter Photos

-atau dalam kumpulan 2:
Glitter Photos


Sini ada beberapa lagi corak strumming:


Glitter Photos


Glitter Photos


Dalam contoh terakhir, anda akan melihat satu garis lengkuk di antara kiraan ke2 dan ke3. Ini bererti, kedua-dua nota tersebut dimainkan bersama, jadi dua not setengah akan menjadi not penuh.

Glitter Photos


Glitter Photos

CUBA INI !!!!
Glitter Photos

Sekarang, mulalah berlatih corak strum ini dalam lagu gitar yang mudah. Klik disini !!! ataupun disini !!! yang akan dapat memberi latihan tentang menjaga ritma dan beat dalam strum.

tHank You

♫ Lirik ♪ MP3 ♫ ♪ Kord Gitar ♫
Copyright © G-Clef Musicca.All Rights Reserved. All chords published here are copyright its creator for music education and entertainment.
SELIDIKI APA RAHSIA GITAR ?
Mari ikuti perbincangan secara sains fizik tentang rahsia gitar....
Ingin tahu dan berasa teruja dengan keunikannya hanya klik pada banner diatas...
Basic Knowledge of Guitar !!!

Cartoon GuitarGET KNOW GUITAR ?

The guitar is a plucked string instrument, usually played with fingers or a pick. The guitar consists of a body with a rigid neck to which the strings, generally six in number, are attached. Guitars are traditionally constructed of various woods and strung with animal gut or, more recently, with either nylon or steel strings. Some modern guitars are made of polycarbonate materials. Guitars are made and repaired by luthiers. There are two primary families of guitars: acoustic and electric.

Glitter Photos

Acoustic guitars (and similar instruments) with hollow bodies have been in use for over a thousand years. There are three main types of modern acoustic guitar: the classical guitar(nylon-string guitar), the steel-string acoustic guitar, and the archtop guitar.

Glitter Photos

Electric guitars, introduced in the 1930s, rely on an amplifier that can electronically manipulate tone. Early amplified guitars employed a hollow body, but a solid body was found more suitable.

Electric guitars have had a continuing profound influence on popular culture. Guitars are recognized as a primary instrument in genres such as blues, bluegrass, country, flamenco, jazz,jota, mariachi, reggae,rock, soul, and many forms of pop.

The Secret Physics of Acoustic Guitar !!!
The guitar has been around in one form or another for centuries, but the principals behind how it works can be in use in musical instruments ever since the first cave man pulled the string on his bow and noticed a sound. A guitar is simply an expansion of this idea to create a series of strings tied taught, and placed over a large hollow body to resonate the sounds. There are also.........read more
GIBSON L-5
 The First Masterpiece
Photo Flipbook Slideshow MakerAccording to my study this amazing guitar first introduced was in 1923 and called as The First Masterpiece, sound lil fantastic isnt it??
As i know, the notable players for this cool guitar was Mother Maybelle Carter
Eddie Lang, Wes Montgomery, Scotty Moore, Tuck Andress, Lee Ritenour, Pat Martino, Jan Akkerman, John Mayer and also Eric Clapton.
QUICK FACTS
  1. The Gibson L-5 is the first modern orchestra guitar, the first f-hole archtop guitar, and the first guitar with a 14-fret neck to the body that had an adjustable truss rod.
  2. It was originally offered as an acoustic instrument, with electric models made available in the 1950s, and was considered the premier rhythm guitar in the big band era.
  3. Fact is, Maybelle Carter’s L-5 is now kept at the Country Music Hall of Fame in Nashville, Tennessee, as you can see at below picture.
Glitter Photos
What It Sounds Like??
Short Note About Fender Stratocaster Fender Stratocaster®, juga sering disingkat menjadi Strat, adalah model gitar elektrik badan padat yang direka oleh Leo Fender, George Fullerton, dan Freddie Tavares pada tahun 1954. Stratocaster masih dihasilkan hingga kini oleh Fender Musical Instruments Corporation..... read more ....