Ianya bergantung ngan korang. Setiap pelajar ada kemajuan yang berbeza ngan pelajar yang lain. Konsep salah yang biasa dilakukan pelajar adalah suatu yang guru kan perbetulkan semasa dalam belajar gitar.
Realitinya, korang ajar diri sendiri main gitar. Guru cuma membantu anda, macam mengenal bentuk kord, stail ritma, tapi anda yang mengawal berapa banyak ilmu yang korang perlukan.
- Latihan: Berlatih sejam tiap hari, sejam sehari anda itu kan lebih baik dari semalam. Korang berlatih lagi, korang menggandakan skil korang. Fokus main gitar adalah dituntun dan jangan putus asa.
Latihan adalah elemen paling penting dalam pembelajaran instrument gitar ni, dan korang tahu sebab apa?
Ada 2 benda yang anda mesti korang faham semasa belajar apa-apa instrumen
- Pemahaman dan
- Kemampuan fizikal (lakukan apa yang korang tahu korang nak buat)
Konsep tuk belajar gitar tidak terlalu sukar. Akhirnya, berbillion manusia dalam dunia melakukannya. Melalui gitar , anda akan belajar bagaimana tuk menciptakan bunyi muzik yang sangat cantik. Cuma yang susahnya membuatkan jari anda tuk melakukannya, so cuma satu cara tuk menjayakannya adalah ngan bermain dengan gitar korang lagi, lagi dan lagi sampai korang puas hati.
Keazaman sangat penting dalam belajar, lawan perasaan susah yang wujud dalam diri korang waktu mula-mula memegang gitar korang. Jangan cepat bosan dan putus asa. Berlatihlah ikut kemampuan dan slow-slow dan lihatlah hasilnya yang hebat pada hari mendatang.
- Kemahiran: Setiap dari kita ada kekuatan dan kelemahan. Apa yang senang tuk kita, mungkin susah tuk orang lain. Seseorang mungkin perlu berbulan-bulan tuk cuma master asas gitar, pi ada juga cuma ambil waktu beberapa hari. Terpulanglah pada kemampuan kita.
Korang mesti takkan dapat mengawal faktor ni. Apa yang korang boleh kawal adalah jumlah masa yang anda mahukan tuk memperbaiki skil korang yang balik kepada asas main gitar iaitu LATIHAN!
- Kalus/ kubal: Dalam kamus melayunya dipanggil "kalus", pi kalo orang sabah panggilnya "berkubal". Bila tiba masanya, habis korang tekun berlatih kord dan strumming, hujung jari korang akan start mengeras dan terkopek jauh berbeza sebelum mula main gitar. Begitulah keadaannya jari-jari comel korang nanti. Terimalah hakikatnya dan jangan takut, itulah yang menjadi simbol seorang gitaris.
- Faktanya: jari-jemari yang kalus/ kubal ni penting juga tuk menekan/ fretkan tali gitar dengan sekuat cukupnya tuk mengelakkan bunyi gitar buzzing dan sekaligus bunyi kord yang dimainkan kan kedengaran lebih jelas.
No comments:
Post a Comment