Meniun gitar adalah termasuk dalam bahagian paling penting tuk seorang gitaris. Gitar akan ditiun bila sampai masanya nada-nada gitar itu sudah tidak cantik dan senada. Tuk gitar akustik biasanya ianya akan kerap kali lari dari tiunnya.
Banyak cara meniun gitar iaitu:
- Dengan pendengaran (feeling).
- Menyamankan nada-nada tali gitar secara langsung ngan bunyi piano/organ atau alat muzik lain.
- Menggunakan garfu tala.
- Menggunakan tuner elektronik dan ada juga program sofware tuner. Rujuk link soalan 25 tuk info berkaitan...
Okay, anda boleh pilih beberapa cara yang korang rasa ngam ngan diri korang. Cuma tuk entri ni kita berbalik pada soalan diatas...
Bagaimana cara asas nak meniun gitar?
So aku nak kongsikanlah ilmu asas dalam meniun gitar adalah dengan cara yang pertama itu "dengan pendengaran (feeling)". So asasnya guna telinga anda tuk mendengar dan feel nada itu.
Caranya: korang cuma beri tumpuan pada turus ke-5 gitar sahaja.
- Petik tali 1, jangan terlalu kencang/ tegang keran tali 1 ni adalah yang paling lemah dan cepat putus.
- Lepas tu bunyi yang keluar pada tali 1 (los senar) dibunyikan, disamakan ngan tali ke-2 ditekan pada turus ke-5 dibunyikan hingga nada itu benar-benar sama. [Ertinya: nada tali 1 (los senar) dibunyikan sama dengan nada tali gitar ke-2 ditekan pada turus ke-5 dibunyikan ...pastikan bunyinya senada]
- Tali ke-2 (los senar) dibunyikan dan disamakan nadanya ngan tali ke-3 ditekan pada turus ke-4 dibunyikan.
- Tali ke-3 (los senar) dibunyikan dan disamakan nadanya ngan tali ke-4 ditekan pada turus ke-5 dibunyikan.
- Tali ke-4 (los senar) dibunyikan dan disamakan nadanya ngan tali ke-5 ditekan pada turus ke-5 dibunyikan.
- Tali ke-5 (los senar) dibunyikan dan disamakan nadanya ngan tali ke-6 ditekan pada turus ke-5 dibunyikan.
- Tali ke-6 (los senar) dibunyikan dan disamakan nadanya ngan tali 1 (los senar) dibunyikan.
Lihat gambar disebelah....yang petak kuning tu adalah adalah nada-nada fret turus ke-5...
Kemudian, yang bulatan hitam itu adalah nada-nada yang mesti korang fretkan dan samakan ngan nada los senar sebelumnya ...
kenapa???? bab nada dorang sama laaa...
Note: bukan pada turus 5 jak...korang sama kan mana2 nada pada fretboard gitar korang pun tak jadi masalah asalkan bunyi gitar in da tune...ok
Cuba korang mainkan kord A sampai kord G, dan mainkan beberapa janjang kord. Then, korang dengarkan baik-baik nada tali gitarnya.
Jikalau, nada tali gitar masih kurang sedap didengar bererti ada tali-tali gitar yang belum pada tiun yang sepatutnya sebab masih tak senada.
So, tiunkan lagi sehingga tali-tali gitar itu sedap didengar dan berbunyi dengan senada. Perlulah anda ketahui meniun gitar adalah baik tuk melatih perasaan. Sekiranya korang gitaris baru dan susah nak tiun dengan cara ni, gunakanlah lah cara yang lain lagi dan sebaiknya tanyalah kepada rakan-rakan korang yang lebih pro.
No comments:
Post a Comment