Cara terbaik tuk menjaga kualiti gitar anda adalah:
- Bersihkan tali gitar setiap kali digunakan. Korang boleh guanakan kain biasa, tapi aku jumpa kain komersial ngan sedikit campuran alkohol sangat berkesan juga. Sapukan kain tu keatas tali pada titian, dan tali gitar sampai hampir ngan nat kalo boleh.
- Jangan tinggalkan gitar korang di bawah cahaya matahari, dalam kereta, dalam pintu kaca berhampiran kolam renang, disebelah motosikal bila anda nak checking palam pencucuh. Gitar adalah benda berharga dan bereaksi buruk ngan cahaya dan haba yang ekstrem. Sebaiknya, lebih selesa kalo letakkannya dalam kondisi yang kering bila korang tak bermain dengannya.
- Sedikit minyak lemon pada papan jari sekali setahun sangatlah dihargai oleh gitar anda.
- Tidak salah kalo sedikit "menghargai" gitar korang, jangan benarkan bukan pemain handle kannya. Banyak gitaris tidak kan membiarkan siapapun handle gitar dorang tanpa menghiraukan betapa hebat sesorang tu terror bermain gitar.
- Kalo korang fikir nak meyimpannya pada waktu lama, longgarkan sedikit tali gitar tu.
- Selalulah merujuk kepada juruteknik gitar tuk check gitar korang, tuk pastikan leher dan fret gitar pada kondisi yang baik.
No comments:
Post a Comment