Bagaimana kalo gitar akustik bertali aloi, gitar akustik klasikal atau gitar elektrik?
- Gitar akustik bertali aloi.
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhsFH2D4fDHFC8S2t1cDev17cGrQmdNWi41hvUzmRP972SpyR6jhzJD_fIRR6pGYalQ_vmOSZjZmABX0IJ8TOy3TvBvAfqZNNgC8_5gN0OTzl0dsErd42f5RJgamZRSzgwB_F9IfJXXCYlg/s320/40.gitar+akustik+bertali+aloi.jpg)
Ini adalah jenis biasa gitar akustik tuk para gitaris sedunia. Ada pelbagai size badan berbeza, tapi saiz standardnya dalam pelbagai model korang boleh lihat kat gerai gitar seluruh dunia.
Ianya ada leher yang lebih nipis dari nilon, dan tali gitarnya dibuat daripada besi aloi, menghasilkan bunyi lebih garing, metalik, kuat dan kaya.
Kalo korang ada jari yang panjang kurus, gitar macam ni mungkin sangat ideal, kecuali tuk ambang kesakitan pertama yang perlu korang atasi.
Kalo korang ada jari yang tebal pendek, tau tangan yang kecil (8 ke 12 tahun take note), korang akan lebih baik kalo bersama ngan gitar klasik. okay...
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhijOUlFonWgeEzTe0ZHdD-LkVF2Y1b6endzXppcdCBF1COGVBua6_kDega4DyKvxqpH9i73IRmivIqa8vLO4PGoCGYqYO_z6JIuCopX-ryjn0BHgjCHGjZFfW5CmadpTKtLkiwfImmzgmw/s320/40.gitar+akustik+bertali+nilon.jpg)
Gitar umpama ni wujud dalam bentuk "bentuk 8", biasany aberkaitan ngan muzik klasikal, spanish, flamenko dan lagu rakyat.
Ianya menghaslkan bunyi lebih tenang, diam dan lembut. Gitar ni sangat mudah dimainkan pada satu arah, bab tali nilon tidak susah sangat
tuk ditekan kebawah, dan papan jari, atau lehernya lebih luas daripada leher tali gitar aloi, yang mana sangat bagus tuk gitaris yang mempunyai tangan besar dan jari tebal. Lehernya yang luas boleh jadi masalah kepada gitaris yang mempunyai tangan kecil bab susah nak memegang erat keenam-enam jari dengan kuat.
Perbezaan antara Gitar akustik bertali aloi dan gitar akustik klasikal.
- Tali: Tali nilon gitar klasik menghasilkan bunyi bulat dan lembut.
- Ketegangan tali: GItar klasik mempunyai ketegangan tali 75-90 paun manakala gitar bertali aloi punya ketegangan tali 150-200 paun. Oleh itu, tali gitar klasik lebih mudah difretkan dari gitar akustik bertali aloi.
- Papan jari: Papan jari klasik adalah 50 mm pada natnya, manakala gitar bertali aloi adalah 40 mm. Papan jari lebih luas yang diciptakan tuk gitar klasik merumitkan petikan jari. Sebaliknya, papan jari yang lebih sempit tuk gitar bertali aloi, 40 mm pada natnya, adalah tuk memudahkan petikan jari dimainkan.
- Panjang tali: Tali gitar lebih panjang dari pelana ke nat gitar klasik (650 mm vs 644 mm tuk gitar akustik bertali aloi) tuk meninggikan respon bunyi bes dan mengekalkannya.
- Akses papan jari paling atas: Leher gitar menghubungkan badan gitar pada fret ke-12 tuk gitar klasik, dan pada fret ke-14 tuk kebayakan gitar bertali aloi. Leher gitar yang lebih pendek menghasilkan bunyi yang lebih manis tapi lebih sukar tuk mainkan selepas fret ke-12 dan seterusnya.
- Stail badan klasik adalah lebih kecil, oleh itu lebih mudah dipegang dari kebanyakan rekaan akustik yang lain.
- Disebabkan leher gitar lebih luas pada gitar klasikal adalah sebab gitaris lebih mudah tuk petikkan tali gitarnya. Secara trasisinya, gitar klasikal lebih cocok dipetik dari dipanting, namun itu tidak bererti korang tak boleh pilih gitar klasik, petik dan terus strumming. Kita lagi bercakap soal tradisi, bukan undang-udang dunia. ok....
- Tali nilon lebih mudah lari tiunnya daripada tali aloi. Tali nilon biasanya perlu ditiun sedikit, setiap kali korang nak main, tapi tali aloi kerap akan tetap dalam tiunnya dalam jangka masa tertentu.
- Kalo korang nak belajar finger pick/ plucking, gitar bertali nilon adalah lebih mudah merasuk pada kuku jari tangan kanan. Tali nilon lebih baik dimainkan dan lebih lembut bilah disentuh.
- Gitar bertali nilon jauh lebih mudah difretkan dalam cobaan tuk mendapatkan ton yang jelas, jari berkubal tidaklah penting sangat tuk meminimakan kesakitan fretting selagi talinya bukan dibuat dari aloi. Tali aloi jauh lebih tegang membuatkan ianya lebih susah difretkan, namun ada sesetengah tali aloi boleh disetkan tuk memiliki tindakan yang lebih rendah tuk buatkannya senang difretkan, pi tak semudah gitar bertali nilon lah...
- Gitar bertali aloi adalah hebat tuk muzik rock, dan gitar bertali nilon adalah hebat tuk plucking dan stail muzik yang lebih lembut.
Lihat gambar di bawah perbezaan kelebaran leher antara 2 jenis gitar yang dibincangkan.
Gitar akustik bertali aloi
Leher: 40 mm lebar
Gitar akustik bertali nilon
Leher: 50 mm lebar
Patikan korang try kedua-dua jenis gitar ni sebelum korang memilih akustika.
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjyycYU9j72Sw7VkJ9lPm94aIXaAP2Kq5dvgy8xOHFAZMIe96dlFBDpY_XtoT28tvuc8XcPi2yTvC2faS6pVnKuxmYRccCD6OzUzMczTlsSjLhIg1ee2oJxIxQnQXhIHaigbBBq-x_8maMA/s200/40.+gitar+elektrik.jpg)
Sekiranya korang memilih rock, hard rock, thrash, metal dan macam-macam genre muzik terkenal yang menarik minat korang, so gitar elektrik adalah suatu senjata yang menjadi pilihan korang. Namun, tanpa mengira stail yang korang suka main, nasihatku kalo korang masih baru,
beginner tetap beginner dan tuk permulaan kedalam dunia kord, strumming dan lain2, akustik masih tetap menjadi idea terbaik sebagai beginner, dan ingatlah Nirvana ada buat konsert guna akustik instrumen dan kebanyakan gitaris elektrik yang pakar mesti ada alat muzik akustik berbaring somewhere kat rumah/ apartmen/ villa dorang pada hari nie..believe me babe....
Satu kepentingan gitar elektrik adalah boleh gunakan tali gitar lebih ringan, lebih mudah pada jari dorang. Tali gitar lebih ringan tidak kan berhasil pada gitar akustik dengan baik plus ianya tidak menghasilkan lebih banyak bunyi, tapi masalah ni tidak serius pada sebuah gitar elektrik kerna kemampuannya tuk
MENINGGIKAN VOLUME PADA PEMBESAR AMPLIFIER!!!
No comments:
Post a Comment